Resipi 18: Ayam Varuval dengan Kentang

Ayam Varuval dengan Kentang


Bahan-bahan:

12 ketul ayam
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam

3 sudu kecil jintan manis, disangai
3 tangkai cili kering, digunting serong dan dibasuh bersih
5 ulas bawang putih, dihiris
5 tangkai daun kari
1 biji kentang, dipotong enam

Bahan-bahan tumis:

2 biji bawang besar, dihiris nipis
3 biji bawang merah, dihiris nipis
3 ulas bawang putih, dihiris nipis
1 sudu besar halia dan bawang besar yang dikisar halus
1 biji tomato, dihiris
2 sudu besar cili kisar
1 peket kecil serbuk kari daging Baba’s
3 tangkai daun kari
Gula perang, garam dan Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar dan garam. Perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak agak banyak. Goreng kentang hingga garing, angkat dan ketepikan. Kemudian, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan anggaran 1/2 cawan sahaja. Tumis cili kering, bawang putih dan daun kari hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Tambahkan sedikit minyak gorengan tadi. Tumis bawang besar hingga wangi. Kemudian, masukkan bawang putih, tomato dan daun kari. Tumis hingga wangi dan layu. Kemudian, masukkan halia dan bawang putih yang dikisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan jintan manis, serbuk kari, sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  6. Masukkan gula perang, garam dan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata. Masukkan ayam dan kentang goreng. Kacau rata.
  7. Akhir sekali, masukkan cili kering, bawang putih dan daun kari yang digoreng. Kacau rata dan tutup api.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi 35: Siakap Goreng Garing Berkuah Sos Kicap Cair

Resipi 17: Pasta Vongole

Resipi 36: Angel Hair Aglio Olio My Style