Resipi 10: Udang Goreng Kunyit
Udang Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
300 gm udang sederhana, buang kepala dan kulit bahagian atas, tinggalkan kulit bahagian ekor sahaja
Serbuk kunyit
Garam
Maggi Cukup Rasa
1/2 biji bawang Holland, dihiris kasar
3 ulas bawang putih, dicincang kasar
2 biji cili merah, dihiris serong
2 biji cili hijau, dihiris serong
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja.
- Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bawang Holland, cili merah dan cili hijau. Kacau rata, masukkan udang goreng dan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata dan tutup api.
Comments
Post a Comment