Resipi 11: Chicken Popcorn Buttermilk

Chicken Popcorn Buttermilk


 
Bahan-bahan:

12 biji chicken popcorn jenama NutriPlus, dinyahbekukan
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih, dicincang halus
3 biji cili padi merah, dihiris nipis
2 tangkai daun kari
50 gm salted butter
1 tin susu cair
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng chicken popcorn hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 sudu besar sahaja. Masukkan mentega dan kacau hingga cair (api perlahan).
  3. Masukkan bawang putih dan tumis hingga wangi. Kemudian, masukkan cili padi dan daun kari. Tumis lagi hingga wangi.
  4. Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
  5. Masukkan chicken popcorn dan gaul rata. Masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa dan masak hingga kuah agak pekat.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi 35: Siakap Goreng Garing Berkuah Sos Kicap Cair

Resipi 17: Pasta Vongole

Resipi 36: Angel Hair Aglio Olio My Style