Resipi 14: Laksa Utara

Laksa Utara (My Style)




Bahan-bahan kuah:

4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
5 – 6 keping asam keping, dibilas
1 batang bunga kantan, dibelah dua
Seikat daun kesum
Garam dan Maggi Cukup Rasa
1 batang serai, diketuk

Bahan-bahan dikisar halus:
1 biji bawang besar, dipotong kecil
1 tin besar sardin Ayam Brand, ambil ikan sahaja
1 biji bawang besar, dipotong kecil
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Air secukupnya

Bahan-bahan lain:

1 peket laksa kering, direndam semalam
Telur rebus, dibelah 2
Limau kasturi, dibelah 2
Hirisan nanas, dihiris memanjang
Timun Jepun, dibuang kulit dan dihiris memanjang
Bawang besar, dibelah 2 dan dihiris nipis
Daun pudina
Hirisan cili padi merah dan hijau

Cara-cara:
  1. Panaskan air seperiuk dan biarkan mendidih. Rebus laksa yang direndam hingga lembut kemudian toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan kisar, cili kisar, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air secukupnya ke dalam periuk. Didihkan dan kacau sekali sekala.
  3. Masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa. Masak sehingga kuah agak pekat dan tutup api.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi 35: Siakap Goreng Garing Berkuah Sos Kicap Cair

Resipi 17: Pasta Vongole

Resipi 36: Angel Hair Aglio Olio My Style