Resipi 17: Pasta Vongole

Pasta Vongole (Clams Pasta)


 Bahan-bahan:

1/2 peket spaghetti, direbus al-dente
1 cawan air rebusan pasta
300 gm lala, dibasuh bersih dan ditoskan
3 tangkai daun ketumbar/parsley, dihiris kasar
2 sudu besar chilli flakes
2 sudu besar bawang putih yang dicincang halus
6 biji tomato ceri, dibelah 2
2 sudu besar cuka
Garam dan Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak masak/zaitun/kelapa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan 1 sudu besar chilli flakes dan tumis sebentar.
  2. Masukkan lala dan kacau rata. Masukkan separuh cawan air rebusan pasta, cuka, daun ketumbar dan tomato. Masak hingga lala berubah warna (masak).
  3. Masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata.
  4. Masukkan spaghetti, baki chilli flakes dan air rebusan pasta. Kacau rata hingga agak-agak berkuah pekat sahaja. Tutup api.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi 35: Siakap Goreng Garing Berkuah Sos Kicap Cair

Resipi 36: Angel Hair Aglio Olio My Style