Resipi 2: Kek Pisang

 Kek Pisang




Sumber: https://m.facebook.com/groups/940772822933012?view=permalink&id=130219253457705

Bahan-bahan (resipi diolah semula mengikut bahan-bahan yang ada):

1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat*
3/4 cawan gula kastor
Secubit garam
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred B (suhu bilik)
1 sudu teh esen butter vanilla
3 1/2 biji pisang yang dilecek (pisang yang sesuai)
Hirisan nipis pisang (kalau tebal nanti tenggelam)
Marjerin – gris acuan
Baking paper – lapik dasar acuan

Cara-cara:

  1. Panaskan oven, 170°C, api bawah selama 10 minit.
  2. Sementara itu, gris acuan dengan marjerin dan lapikkan dasarnya dengan baking paper.
  3. Ayak bahan bertanda * ke dalam bekas yang sesuai.
  4. Masukkan gula kastor, garam, telur dan minyak ke dalam blender dan putar selama 5–6 minit.
  5. Kemudian, masukkan pisang lecek dan esen. Putar lagi selama 1 minit.
  6. Tuang ke dalam bekas berisi tepung dan kaup balik sehingga rata dan sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam acuan dan ratakan menggunakan spatula. Susun hirisan pisang di atasnya.
  8. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak (uji dengan lidi, sekiranya licin maknanya kek sudah masak sempurna). Keluarkan dari oven, biarkan sejuk di dalam acuan kemudian keluarkan. Tanggal baking paper.
  9. Setelah betul-betul sejuk, potong dan sedia dimakan.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi 36: Angel Hair Aglio Olio My Style

Resipi 40: Ikan Stim Stail Cina

Resipi 37: Gulai Tempoyak Ikan Patin