Resipi 29: Basic Cili Kisar

Basic Cili Kisar

Boleh buat untuk stok seminggu.

Kegunaan: Basic untuk masakan masak merah, masak kicap, sambal tumis, rendang, asam pedas, aneka mi goreng dan lain-lain.

Bahan-bahan:

2–3 cawan cili kering yang digunting serong, dibuang biji sebanyak yang boleh, bilas dan tos
2–3 biji bawang besar, dipotong kecil
5–6 ulas bawang putih
1/2–1 sudu kecil garam/garam kasar
1–2 sudu besar minyak masak
Air

Cara-cara:

  1. Blend kesemua bahan dengan air secukupnya hingga betul-betul hancur.
  2. Simpan dalam bekas kedap di dalam peti sejuk dan labelkan tarikh buat.
Tips:
  1. Untuk membuat sambal tumis, just tambahkan belacan bakar yang dhancurkan semasa menumis cili kisar. Jika tak suka belacan, tak perlu masukkan.
  2. Untuk membuat asam pedas, tambahkan serai, halia dan belacan yang dikisar ke dalam cili kisar semasa menumis.
  3. Untuk membuat rendang, tambah serai, halia, lengkuas dan kunyit yang dikisar semasa menumis/merenih.
  4. Untuk membuat masak merah, tambah hirisan halia/halia yang dikisar semasa menumis.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi 35: Siakap Goreng Garing Berkuah Sos Kicap Cair

Resipi 17: Pasta Vongole

Resipi 36: Angel Hair Aglio Olio My Style