Resipi 32: Nasi Dagang Simple dan Gulai Kuning Ikan Tongkol
Nasi Dagang Simple
Bahan-bahan (4 – 5 orang makan):
2 cawan beras Jasmine
1 cawan beras basmathi
1/2 cawan beras pulut
3 biji bawang merah, dihiris nipis
1 inci halia, dihiris halus
1 sudu kecil halba
4 1/2 cawan air
1/2 cawan santan
Garam, sedikit gula perang, Maggi Cukup Rasa secukup rasa
2 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Satukan kesemua jenis beras dan bilas hingga bersih. Masukkan air dan rendam 30 minit.
- Selepas direndam, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan masak nasi dalam rice cooker seperti biasa.
- Selepas masak, gemburkan nasi dan rehatkan 5 – 10 minit sebelum dihidangkan.
Gulai Kuning Ikan Tongkol
Bahan-bahan:
3 – 4 ketul/keping ikan tongkol
2 – 3 keping asam keping
1 sudu besar garam kasar
1/2 sudu kecil gula perang
Air untuk merebus secukupnya
1/2 cawan minyak masak
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut, dihiris nipis
5 – 6 biji cili padi merah dan hijau, dibelah dua
1 biji timun Jepun, dipotong jejari
1/2 biji tomato, dibelah 2
1 kotak santan
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
1 keping asam keping
1 sudu besar cili kisar
Bahan-bahan dikisar halus:
1/2 biji bawang besar, dipotong kecil
2 biji bawang merah
15 biji cili padi hijau
3 biji cili padi merah
1 biji cili merah
1 inci lengkuas
2 inci kunyit
Air secukupnya
Cara-cara:
- Rebus ikan bersama garam kasar, gula perang, asam keping dan air (menutupi paras ikan) hingga hampir kering. Angkat, toskan dan ketepikan. Ini untuk mengelakkan ikan mudah hancur bila dimasak selain memberikan rasa yang lebih sedap.
- Panaskan minyak. Tumis serai dan bahan kisar (termasuk cili kisar) hingga pecah minyak sambil dikacau selalu.
- Masukkan 1/2 cawan air dan tumis lagi hingga pecah minyak. Ulang sekali lagi.
- Masukkan air (lebih kurang 2 cawan) dan didihkan. Setelah mendidih, masukkan santan, garam, gula perang, asam keping dan daun limau purut. Masak hingga mendidih.
- Masukkan ikan dan kacau perlahan hingga mendidih.
- Akhir sekali, masukkan timun, cili padi dan tomato. Masak hingga mendidih dan tutup api.
Comments
Post a Comment