Resipi 9: Brownies Kedut
Brownies Kedut
Bahan-bahan A:
150 gm Beryl’s Dark Chocolate Compound Coins
50 gm SCS salted butter, dipotong kiub
50 gm minyak masak/jagung
Bahan-bahan B:
150 gm gula perang lembut
2 biji telur saiz A/B, suhu bilik
1 sudu kecil esen butter vanilla/vanila
Bahan-bahan C:
100 gm tepung gandum
25 gm serbuk koko
Hiasan:
Almond flakes
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 160°C selama 10–15 minit.
- Sediakan loyang segi empat bersaiz 8”. Griskan dengan sedikit mentega kemudian lapikkan dengan baking paper. Griskan lagi dengan mentega di atas baking paper dan sekeliling loyang.
- Masukkan coklat, mentega dan minyak ke dalam bekas tahan panas dan panaskan di dalam microwave selama 2 minit atau sehingga cair sepenuhnya. Boleh juga guna cara double-boiling.
- Di dalam mangkuk adunan, satukan telur, gula perang dan esen. Gunakan balloon whisk dan kacau perlahan sahaja sehingga rata. Tidak perlu kacau hingga kembang.
- Tuangkan coklat suam tadi ke dalam adunan dan kacau rata menggunakan spatula.
- Ayakkan tepung dan serbuk koko ke dalam adunan dan kacau rata menggunakan spatula.
- Tuangkan ke dalam acuan dan ratakan. Taburkan almond flakes di atasnya.
- Bakar selama 35 minit atau sehingga masak.
- Biarkan sejuk sebelum dipotong segi empat.
Comments
Post a Comment