Resipi 33: Karipap Ayam/Daging Style Mak

Karipap Ayam/Daging Style Mak








Bahan-bahan inti:

2 biji kentang, dipotong dadu
2 biji keledek oren, dipotong dadu
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 pokok daun ketumbar/daun sup, dihiris nipis
2 tangkai daun kari
Isi ayam, dipotong dadu ATAU daging lembu kisar brand Ramly, dileraikan
1 1/2 peket serbuk kari daging Baba’s
1/4 cawan minyak masak
Garam, gula perang (sedikit manis) dan Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan dikisar kering/ditumbuk halus:

Segenggam udang kering, direndam dan ditoskan
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar

Cara-cara membuat inti:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan serbuk kari dan 1/2 cawan air. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam/daging kisar dan kacau hingga berubah warna dan keluar airnya.
  4. Masukkan bahan-bahan lain dan tuangkan air hingga menutupi paras bahan.
  5. Masak di atas api perlahan, kacau sekali-sekala dan tutup supaya ubi empuk.
  6. Masak sehingga kuah kering, kacau sekali-sekala supaya tidak hangit.
  7. Biarkan sejuk sebelum digunakan untuk membuat karipap.
  8. Boleh juga disimpan di dalam freezer sehingga hendak digunakan.

Bahan-bahan kulit karipap:

3 cawan tepung gandum
Air secukupnya
1 cawan minyak masak + 5 sudu besar marjerin, panaskan hingga cair
Air sejuk/berais + 1 sudu kecil garam, kacau hingga larut

Cara-cara membuat kulit karipap:

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar, buatkan lubang di bahagian tengahnya.
  2. Tuangkan minyak + marjerin yang dipanaskan (be careful), gunakan senduk kayu untuk gaulkan. Agak-agak dah sejuk, gunakan jari untuk menggaul tepung supaya menjadi seperti serbuk roti.
  3. Tuangkan air sejuk sedikit-sedikit hingga mendapat doh yang boleh diuli. Uli beberapa minit, tutup dengan kain bersih dan biarkan 30 minit.
  4. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan sebesar bola ping-pong. Buat hingga habis.
  5. Tabur sedikit tepung di atas permukaan papan pencanai.
  6. Ambil sebiji bebola dan tekan. Kemudian, gelek dengan menggunakan penggelek. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
  7. Ambil doh dan letakkan di atas tapak tangan. Letakkan sesudu inti dan lipat dua.
  8. Tekan sekeliling kulit supaya bercantum dan kelim sekelilingnya kemas-kemas. Susun di atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Buat sehingga habis.
  9. Untuk frozen, goreng sebentar sahaja (goreng putih) kedua-dua belah dan toskan minyaknya. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan di dalam freezer. Labelkan nama dan tarikh.
  10. Untuk makan, goreng hingga perang kedua-dua belah. Angkat dan toskan minyaknya.


Comments

Popular posts from this blog

Resipi 35: Siakap Goreng Garing Berkuah Sos Kicap Cair

Resipi 17: Pasta Vongole

Resipi 36: Angel Hair Aglio Olio My Style