Posts

Showing posts from January, 2021

Resipi 38: Cucur Udang My Style

Cucur Udang My Style Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum 1 biji bawang besar, dibelah dua dan dihiris nipis 2 biji cili merah, dihiris nipis 1 pokok daun ketumbar, dihiris halus ATAU  daun kucai, dipotong 2 cm panjang 1 biji telur (optional) Udang kecil secukupnya, kalau rajin buang kulit Air secukupnya 1/2 sudu teh serbuk kunyit Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Satukan kesemua bahan kecuali minyak masak hingga rata. Pastikan tidak terlalu cair atau terlalu pekat, agak-agak boleh dijemput. Rehatkan 15 minit atau semalaman di dalam peti sejuk. Panaskan minyak agak banyak (api sederhana kecil). Jemputkan menggunakan jari jemari ke dalam minyak. Goreng hingga keperangan dan balikkan dan biarkan garing. Angkat dan toskan minyak. Hidang bersama sos cili.

Resipi 37: Gulai Tempoyak Ikan Patin

Gulai Tempoyak Ikan Patin Bahan-bahan: 3 ketul ikan patin 3 tangkai daun kesum 1 keping asam keping Garam secukup rasa Air secukupnya Bahan-bahan dikisar halus: 1 biji cili merah 3 biji cili padi 1 inci kunyit 3–4 sudu besar tempoyak Air secukupnya Cara-cara: Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya (tidak terlalu pekat atau terlalu cair). Didihkan dan kacau sekali sekala. Setelah mendidih, masukkan ikan dan daun kesum. Perlahankan api dan biarkan ikan masak. Kacau sekali sekala. Masukkan garam dan asam keping. Masak sehingga mendidih dan ikan masak. Tutup api.

Resipi 36: Angel Hair Aglio Olio My Style

Image
Angel Hair Aglio Olio My Style   Bahan-bahan: 1 peket angel hair/spaghetti, direbus mengikut arahan pada peket dan ditoskan 1 senduk besar air rebusan pasta Hirisan bulat sotong Kiub ikan dory Hirisan isi ayam Hirisan cendawan straw (dalam tin) 1 1/2 sudu besar bawang putih yang dicincang Minyak masak/olive, dalam 1/4 cawan Chilli flakes Hirisan daun ketumbar Garam dan Maggi Cukup Rasa Cara-cara: Panaskan sedikit minyak. Goreng ikan dory hingga masak. Angkat dan toskan. Gorengkan pula isi ayam hingga masak. Angkat dan toskan. Tambah baki minyak. Tumis bawang putih hingga harum dan masukkan sotong, cendawan, chilli flakes, garam dan MCR. Kacau rata hingga sotong masak. Masukkan angel hair dan gaul rata. Masukkan air rebusan dan tambah garam dan MCR jika perlu. Masukkan daun ketumbar dan kacau rata hingga berwap. Tutup api.

Resipi 35: Siakap Goreng Garing Berkuah Sos Kicap Cair

Image
Siakap Goreng Garing Berkuah Sos Kicap Cair Idea dari: IG emymellissa Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap sederhana besar, dibuang sisik dan dikelar Garam dan Maggi Cukup Rasa Minyak untuk menggoreng Bahan-bahan kuah: 1/2 cawan air 1/2 cawan kicap cair Lee Kum Kee 1 sudu besar minyak bijan 1 sudu kecil gula perang Bahagian putih daun sup, dipotong 3 cm panjang 4 biji cili padi merah, dibelah 2 Bahan-bahan lain: Timun Jepun, gunakan peeler untuk mendapat kepingan nipis Daun sup, dipotong 3 cm panjang dan dihiris halus, rendam di dalam air berais supaya bergulung Hirisan nipis cili merah Halia goreng, gunakan peeler untuk mendapat kepingan nipis, kemudia hiris nipis Bawang putih goreng, gunakan peeler untuk mendapat kepingan nipis Cara-cara: Panaskan minyak. Goreng halia hingga garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Ulang dengan bawang putih pula. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan hingga garing kedua-dua belah. Susun kepingan timun di dalam pinggan hidangan dan letakkan ikan go...

Resipi 34: Ketam Ala Kam Heong

Image
Ketam Ala Kam Heong Bahan-bahan: 3 ekor ketam, dibelah dua Sedikit serbuk kunyit, garam, Maggi Cukup Rasa, tepung jagung Minyak untuk menggoreng 3 ulas bawang putih, dicincang halus 1/2 biji bawang Holland, dihiris nipis 1 sudu kecil halia kisar 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar udang kering, direndam dan ditumbuk halus 2 sudu besar serbuk kari ikan Baba’s Sedikit air Daun kari Kicap karamel secukupnya Garam dan Maggi Cukup Rasa Hirisan cili merah Hirisan bawang Holland, dihiris bulat Cara-cara: Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ketam dengan serbuk kunyit, garam, MCR dan tepung jagung. Goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1/2 cawan sahaja. Tumis bawang putih, bawang Holland, halia, cili kisar dan udang kering hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan 1/2 cawan air. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan daun kari, kicap karamel dan sedikit air (agak-agak cukup untuk 3 ekor ketam). Setelah mendidih, masukkan ketam yang digor...

Resipi 33: Karipap Ayam/Daging Style Mak

Image
Karipap Ayam/Daging Style Mak Bahan-bahan inti: 2 biji kentang, dipotong dadu 2 biji keledek oren, dipotong dadu 1 biji bawang besar, dipotong dadu 1 pokok daun ketumbar/daun sup, dihiris nipis 2 tangkai daun kari Isi ayam, dipotong dadu ATAU  daging lembu kisar brand Ramly, dileraikan 1 1/2 peket serbuk kari daging Baba’s 1/4 cawan minyak masak Garam, gula perang (sedikit manis) dan Maggi Cukup Rasa Air secukupnya Bahan-bahan dikisar kering/ditumbuk halus: Segenggam udang kering, direndam dan ditoskan 3 ulas bawang putih 1/2 biji bawang besar Cara-cara membuat inti: Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing dan wangi. Masukkan serbuk kari dan 1/2 cawan air. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan isi ayam/daging kisar dan kacau hingga berubah warna dan keluar airnya. Masukkan bahan-bahan lain dan tuangkan air hingga menutupi paras bahan. Masak di atas api perlahan, kacau sekali-sekala dan tutup supaya ubi empuk. Masak sehingga kuah kering, kacau sekali-sekala supaya t...