Posts

Showing posts from November, 2020

Resipi 32: Nasi Dagang Simple dan Gulai Kuning Ikan Tongkol

Nasi Dagang Simple Bahan-bahan (4 – 5 orang makan): 2 cawan beras Jasmine 1 cawan beras basmathi 1/2 cawan beras pulut 3 biji bawang merah, dihiris nipis 1 inci halia, dihiris halus 1 sudu kecil halba 4 1/2 cawan air 1/2 cawan santan Garam, sedikit gula perang, Maggi Cukup Rasa secukup rasa 2 sudu besar minyak Cara-cara: Satukan kesemua jenis beras dan bilas hingga bersih. Masukkan air dan rendam 30 minit. Selepas direndam, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan masak nasi dalam rice cooker seperti biasa. Selepas masak, gemburkan nasi dan rehatkan 5 – 10 minit sebelum dihidangkan. Gulai Kuning Ikan Tongkol Bahan-bahan: 3 – 4 ketul/keping ikan tongkol 2 – 3 keping asam keping 1 sudu besar garam kasar 1/2 sudu kecil gula perang Air untuk merebus secukupnya 1/2 cawan minyak masak 1 batang serai, diketuk 3 helai daun limau purut, dihiris nipis 5 – 6 biji cili padi merah dan hijau, dibelah dua 1 biji timun Jepun, dipotong jejari 1/2 biji tomato, dibelah 2 1 kotak santan Air secukupnya Garam ...

Resipi 31: Kari Ayam dan Kentang

Kari Ayam dan Kentang Bahan-bahan: 12 ketul ayam 1 biji kentang, dipotong 4 atau 6 2 tangkai daun kari 1 batang kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 3 biji bawang merah, dihiris nipis 2 ulas bawang putih, dihiris nipis 3 sudu besar bawang besar yang dikisar 1 sudu besar bawang putih dan halia yang dikisar 1 1/2 peket kecil serbuk kari daging Baba’s Air Minyak untuk menumis 1/2 sudu kecil pes asam jawa Adabi 3/4 kotak santan Garam dan Maggi Cukup Rasa Cara-cara: Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang merah kisar dan bawang putih dan halia kisar. Tumis hingga agak garing dan harum. Masukkan daun kari, serbuk kari dan 1/4 cawan air. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan 1/4 cawan air dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kacau rata. Tutup dan kacau sekali sekala hingga air ayam keluar. Kemudian, masukkan kentang dan air hingga menutupi paras ayam. Tutup dan kacau sekali sekala...

Resipi 30: Basic Asas Bahan Masakan

Basic Bawang Putih Kisar Bahan-bahan: 3–4 labu bawang putih 1 sudu besar minyak masak Sedikit garam Air Kisar kesemua bahan hingga halus. Simpan di dalam peti sejuk dan labelkan tarikh buat. Basic Bawang Besar Kisar Bahan-bahan: 3 biji bawang besar, dipotong kecil 3 ulas bawang putih 1 sudu besar minyak masak Sedikit garam Air Kisar kesemua bahan hingga halus. Simpan di dalam peti sejuk dan labelkan tarikh buat. Basic Halia dan Bawang Putih Kisar Bahan-bahan: 2 labu bawang putih 5 inci halia, dipotong kecil 1 sudu besar minyak masak Sedikit garam Air Kisar kesemua bahan hingga halus. Simpan di dalam peti sejuk dan labelkan tarikh buat.

Resipi 29: Basic Cili Kisar

Basic Cili Kisar Boleh buat untuk stok seminggu. Kegunaan: Basic untuk masakan masak merah, masak kicap, sambal tumis, rendang, asam pedas, aneka mi goreng dan lain-lain. Bahan-bahan: 2–3 cawan cili kering yang digunting serong, dibuang biji sebanyak yang boleh, bilas dan tos 2–3 biji bawang besar, dipotong kecil 5–6 ulas bawang putih 1/2–1 sudu kecil garam/garam kasar 1–2 sudu besar minyak masak Air Cara-cara: Blend kesemua bahan dengan air secukupnya hingga betul-betul hancur. Simpan dalam bekas kedap di dalam peti sejuk dan labelkan tarikh buat. Tips: Untuk membuat sambal tumis, just tambahkan belacan bakar yang dhancurkan semasa menumis cili kisar. Jika tak suka belacan, tak perlu masukkan. Untuk membuat asam pedas, tambahkan serai, halia dan belacan yang dikisar ke dalam cili kisar semasa menumis. Untuk membuat rendang, tambah serai, halia, lengkuas dan kunyit yang dikisar semasa menumis/merenih. Untuk membuat masak merah, tambah hirisan halia/halia yang dikisar semasa menumis.

Resipi 28: Mihun Goreng Merah

Mihun Goreng Merah Bahan-bahan: 1 peket mihun, direndam hingga lembut 1 ikat kucai, dipotong 5 cm panjang 1 cawan tauge, dibilas Isi ayam, dipotong kiub Isi udang kecil 2 biji telur, dikacau sedikit Garam dan Maggi Cukup Rasa 1 sudu teh gula 2 sudu besar cili kisar (cili kering, bawang putih dan bawang besar) Sos cili secukupnya 1 sudu besar sos tiram Air Minyak untuk menumis Bahan-bahan ditumbuk halus: 1/2 cawan ikan bilis/udang kering, direndam dan dibilas 3 biji bawang merah, dipotong kecil 2 ulas bawang putih, dipotong kecil Cara-cara: Panaskan minyak. Goreng telur hancur kasar-kasar dan keluarkan. Ketepikan. Tambah minyak jika perlu. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan agak garing. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos cili, kacau rata. Kemudian, masukkan ayam dan udang. Kacau rata hingga berubah warna. Masukkan garam, Maggi Cukup Rasa dan gula. Kacau rata. Masukkan mihun yang ditos. Kacau rata, tambah air jika perlu. Kacau hingga lembu...

Resipi 27: Nasi Goreng Mak

Nasi Goreng ala Mak Bahan-bahan: 2–3 cawan nasi sejuk 2 biji telur 1/4 cawan minyak masak Garam dan Maggi Cukup Rasa Bahan-bahan ditumbuk kasar: Segenggam ikan bilis, dibilas 1–2 biji cili merah, dipotong kecil 1 inci belacan bakar 3 biji bawang merah, dipotong kecil Cara-cara: Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan agak garing. Ketepikan, dan masukkan telur. Pecahkan telur kasar-kasar. Masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa dan kacau rata. Masukkan nasi dan kacau rata. Masak beberapa minit hingga keluar wap dari celah-celah nasi. Tutup api.

Resipi 26: Nasi Minyak Simple

Nasi Minyak Simple Bahan-bahan: 3 sudu besar minyak sapi 1 sudu besar minyak masak 2 sudu besar kacang gajus 2 sudu besar kismis kuning 1 batang kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 biji bawang besar, dihiris nipis 1 sudu besar bawang putih dan halia yang dikisar 5 cawan beras basmathi, dibasuh bersih dan ditoskan 6 cawan air 1 cawan susu cair 1 batang serai, diketuk 3 helai daun pandan, disimpul Sedikit pewarna kuning telur Garam dan Maggi Cukup Rasa Cara-cara: Masukkan beras, susu cair dan air ke dalam periuk nasi. Rendam selama 30 minit. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumis daun pandan, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum. Masukkan bawang besar dan bawang putih halia yang dikisar. Tumis lagi hingga wangi dan pecah minyak. Tutup api. Tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi. Tambahkan garam, Maggi Cukup Rasa dan pewarna kuning. Kacau rata dan masak seperti biasa. Setelah masak, gemb...

Resipi 25: Ayam Goreng Cili Padi

Ayam Goreng Cili Padi Bahan-bahan: Ayam, dipotong kecil Serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa Minyak untuk menggoreng Bahan-bahan dikisar kering: 20 biji cili padi 1 biji cili merah 1 1/2 biji bawang besar, dipotong kecil 6 ulas bawang putih Cara-cara: Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/3 cawan sahaja. Tumis bahan kisar hingga layu dan pecah minyak. Masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan gaul rata. Tutup api.

Resipi 24: Ayam Masak Cili Padi

Ayam Masak Cili Padi Bahan-bahan: Ayam, dipotong kecil 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 keping asam keping 2 sudu besar sos tiram Garam dan Maggi Cukup Rasa Air 1/4 cawan minyak masak Bahan-bahan dikisar halus: 1 1/2 biji bawang besar, dipotong kecil 8 ulas bawang putih 20 biji cili padi hijau 3 biji cili padi merah Air secukupnya Cara-cara: Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan serbuk kunyit hingga pecah minyak. Tuangkan 1/2 cawan air dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan 1/2 cawan air lagi. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam, gaul rata dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga air ayam keluar. Masukkan 1/2 cawan air, asam keping, garam dan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata dan tutup. Kacau sekali sekala hingga kuah agak pekat. Tutup api.

Resipi 23: Kuih Ketayap

Image
Kuih Ketayap Buat inti kelapa terlebih dahulu. Boleh disimpan di dalam chiller sementara hendak digunakan. Bahan-bahan inti kelapa: 1 biji kelapa parut (putih) 1 helai daun pandan, disimpul 2 ketul besar gula melaka, dipotong kecil 2 sudu besar gula 1/2 sudu teh garam 1/2 cawan air 2 sudu besar tepung gandum Bahan-bahan kulit (± 20 keping): 3 cawan tepung gandum 1 biji telur 1/2 peket serbuk santan atau 1/2 cawan santan kotak Air suam secukupnya (kalau guna air kisaran daun pandan tidak perlu air) 1/2 sudu teh garam 2 sudu besar minyak masak 2 sudu kecil Emulco coconut pandan 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal Sedikit minyak masak Cara-cara: Masukkan kelapa parut, air, daun pandan, gula melaka, gula pasir dan garam ke dalam periuk. Panaskan di atas api kecil dan kacau hingga agak kering tapi masih lembap (jangan terlalu kering). Tutup api dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga rata. Tujuannya supaya inti tidak lerai. Biarkan sejuk sebelum digunakan. Untuk membuat kulit, ...

Resipi 22: Daging Masak Hitam Resipi Ibu Mertuaku

Image
Daging Masak Hitam Resipi Ibu Mertuaku   Bahan-bahan: 1/2 kg ++ daging lembu batang pinang, dihiris sederhana tebal Kicap Mudim (merah) secukupnya Kicap Mudim (kuning) secukupnya 1/2 kotak kecil santan 1 ketul kecil gula melaka 2 sudu kecil gula perang Garam dan Maggi Cukup Rasa 4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih) 2 sudu besar kerisik Minyak masak Bahan-bahan rempah: 1 1/2 batang kulit kayu manis, pecah-pecahkan 2 kuntum bunga lawang 6 kuntum bunga cengkih 4 biji buah pelaga 2 sudu besar jintan manis 2 sudu besar jintan putih 3 sudu besar biji ketumbar kecil 1/2 sudu kecil lada hitam Sangai kesemua bahan rempah tanpa minyak hingga wangi dan agak garing. Biarkan sejuk dan kisar kering hingga halus. Bahan-bahan kisar: 1 biji bawang besar, dipotong kecil 3 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 2 ketul besar halia 1 ketul kecil lengkuas 5 – 6 batang serai, dipotong kecil Air secukupnya Cara-cara: Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Ma...

Resipi 21: Nasi Goreng Kimchi

Image
Nasi Goreng Kimchi   Bahan-bahan: 1 1/2 cawan nasi sejuk 1 sudu besar bawang putih yang dicincang 3 biji cili padi hijau, dihiris 3 pokok baby pak choy, dibuang hujungnya Isi ayam, dipotong kiub 3 sudu besar kimchi, dihiris kasar 1 sudu besar minyak masak Garam dan Maggi Cukup Rasa Cara-cara: Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau rata hingga masak. Masukkan baby pak choy, cili padi, kimchi, garam dan Maggi Cukup Rasa. Kacau beberapa minit. Masukkan nasi dan kacau rata hingga keluar wap dari celah-celah nasi. Tutup api.

Resipi 20: Daging Kambing Masak Biryani

Image
Daging Kambing Masak Biryani Bahan-bahan: 1 batang kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 4 kuntum bunga cengkih 4 biji buah pelaga 3 tangkai daun kari 6 biji bawang merah, dihiris nipis 1/2 biji bawang besar, dihiris nipis 1 sudu besar halia dan bawang putih yang dikisar 2 sudu besar bawang besar yang dikisar 1 biji tomato, dihiris 3 sudu besar serbuk biryani Baba’s 1 sudu besar serbuk cili Baba’s Air secukupnya 2 sudu besar minyak sapi 5 keping lamb chop , bahagian isi dipotong kecil dan bahagian tulang dibiarkan 1 biji kentang, dipotong enam 3 tangkai daun bawang, dihiris Garam dan Maggi Cukup Rasa Minyak masak Cara-cara: Panaskan minyak. Goreng bawang merah hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar sahaja. Masukkan minyak sapi dan cairkan. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum. Masukkan halia dan bawang putih yang dikisar, tomato dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan serbuk biryani, serb...

Resipi 19: Nasi Biryani Telur Rebus ala Sugu Pavithra

Image
Nasi Biryani Telur Rebus ala Sugu Pavithra Bahan-bahan: 5 cawan beras basmathi, dibasuh bersih dan ditoskan 6 cawan air 1 cawan susu cair 6 biji telur rebus Garam dan Maggi Cukup Rasa 3 sudu besar minyak sapi 2 sudu besar kacang gajus 2 sudu besar kismis kuning 1 biji bawang besar, dihiris nipis 1 sudu besar bawang putih dan halia yang dikisar halus 1 batang kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 akar ketumbar, dibasuh bersih 2 helai daun pandan, disimpul 1 helai daun bay 1 sudu besar serbuk cili Baba’s 3 sudu besar serbuk biryani Baba’s 1/2 cawan hirisan daun ketumbar 1/2 cawan daun pudina Cara-cara: Masukkan beras, air dan susu cair ke dalam periuk nasi. Di dalam kuali, panaskan minyak sapi. Goreng kacang gajus dan kismis hingga sedikit perang. Angkat dan ketepikan. Kemudian, tumis daun pandan, akar ketumbar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum. Masukkan bawang besar dan tumis hingga layu. Masukkan bah...

Resipi 18: Ayam Varuval dengan Kentang

Image
Ayam Varuval dengan Kentang Bahan-bahan: 12 ketul ayam 2 sudu kecil serbuk kunyit 2 sudu kecil serbuk cili 2 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil garam 3 sudu kecil jintan manis, disangai 3 tangkai cili kering, digunting serong dan dibasuh bersih 5 ulas bawang putih, dihiris 5 tangkai daun kari 1 biji kentang, dipotong enam Bahan-bahan tumis: 2 biji bawang besar, dihiris nipis 3 biji bawang merah, dihiris nipis 3 ulas bawang putih, dihiris nipis 1 sudu besar halia dan bawang besar yang dikisar halus 1 biji tomato, dihiris 2 sudu besar cili kisar 1 peket kecil serbuk kari daging Baba’s 3 tangkai daun kari Gula perang, garam dan Maggi Cukup Rasa Minyak untuk menumis Cara-cara: Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar dan garam. Perap selama 30 minit. Panaskan minyak agak banyak. Goreng kentang hingga garing, angkat dan ketepikan. Kemudian, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggalkan anggaran 1/2 cawan sahaja. Tumis cili kering, baw...

Resipi 17: Pasta Vongole

Image
Pasta Vongole (Clams Pasta)   Bahan-bahan: 1/2 peket spaghetti, direbus al-dente 1 cawan air rebusan pasta 300 gm lala, dibasuh bersih dan ditoskan 3 tangkai daun ketumbar/parsley, dihiris kasar 2 sudu besar chilli flakes 2 sudu besar bawang putih yang dicincang halus 6 biji tomato ceri, dibelah 2 2 sudu besar cuka Garam dan Maggi Cukup Rasa 2 sudu besar minyak masak/zaitun/kelapa Cara-cara: Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan 1 sudu besar  chilli flakes  dan tumis sebentar. Masukkan lala dan kacau rata. Masukkan separuh cawan air rebusan pasta, cuka, daun ketumbar dan tomato. Masak hingga lala berubah warna (masak). Masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata. Masukkan spaghetti, baki chilli flakes dan air rebusan pasta. Kacau rata hingga agak-agak berkuah pekat sahaja. Tutup api.

Resipi 16: Nasi Lemak Pandan

Image
Nasi Lemak Pandan   Bahan-bahan nasi lemak pandan: 2 cawan beras basmathi + 2 cawan beras Jasmine, dibilas bersih 1 1/2 cawan santan + 4 1/2 cawan air 3 biji bawang merah, dihiris nipis 4 hirisan halia, dihiris nipis 1/2 sudu kecil halba (jika suka) 2 sudu kecil garam 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa 2 sudu besar minyak masak 2 penutup coconut pandan flavour 3 helai daun pandan, disimpul Bahan-bahan sambal tumis ikan bilis: 1 cawan ikan bilis yang disiang, dibilas dan ditoskan 3 sudu besar bawang besar kisar 10 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih) 1 biji bawang besar, dihiris kasar Seketul kecil gula melaka 2 sudu besar sos tiram Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa 1 cawan air 1 keping asam keping Minyak masak Bahan-bahan lain: Telur Timun/salad Ayam goreng Cara-cara: Satukan kesemua bahan-bahan nasi lemak ke dalam periuk nasi dan kacau rata. Kemudian, masak seperti biasa. Setelah masak, gemburkan menggunakan garpu supaya nasi tidak hancur. Panaskan mi...

Resipi 15: Moist Chocolate Cake

Image
Moist Chocolate Cake Bahan-bahan A: 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil serbuk penaik Bahan-bahan B: 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula halus 1 cawan susu cair 1 cawan minyak masak 1/2 cawan susu pekat manis Bahan-bahan C: 3 biji telur, suhu bilik 1 sudu kecil esen vanila Bahan-bahan topping : 3/4 cawan serbuk koko 1/4 cawan coklat masakan cair 3/4 cawan susu pekat 1/2 cawan susu cair 1 cawan minyak masak Cara-cara: Ayak bahan-bahan A ke dalam mangkuk adunan. Satukan bahan-bahan B di dalam periuk dan panaskan sambil kacau dengan whisk  hingga gula cair dan sekata. Ketepikan. Masukkan bahan-bahan C ke dalam blender  dan putar hingga putih dan gebu. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk berisi tepung. Kacau menggunakan whisk hingga rata dan tepung tidak berketul. Kemudian, masukkan bahan C dan kacau lagi hingga rata. Panaskan pengukus. Tuang adunan ke dalam bekas tahan panas. Kukus selama 15–20 minit. Untuk menyediakan topping , panaskan bahan-bahan secara ...

Resipi 14: Laksa Utara

Image
Laksa Utara (My Style) Bahan-bahan kuah: 4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih) 5 – 6 keping asam keping, dibilas 1 batang bunga kantan, dibelah dua Seikat daun kesum Garam dan Maggi Cukup Rasa 1 batang serai, diketuk Bahan-bahan dikisar halus: 1 biji bawang besar, dipotong kecil 1 tin besar sardin Ayam Brand, ambil ikan sahaja 1 biji bawang besar, dipotong kecil 3 ulas bawang putih 2 inci belacan Air secukupnya Bahan-bahan lain: 1 peket laksa kering, direndam semalam Telur rebus, dibelah 2 Limau kasturi, dibelah 2 Hirisan nanas, dihiris memanjang Timun Jepun, dibuang kulit dan dihiris memanjang Bawang besar, dibelah 2 dan dihiris nipis Daun pudina Hirisan cili padi merah dan hijau Cara-cara: Panaskan air seperiuk dan biarkan mendidih. Rebus laksa yang direndam hingga lembut kemudian toskan. Ketepikan. Masukkan bahan kisar, cili kisar, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air secukupnya ke dalam periuk. Didihkan dan kacau sekali sekala. Masukkan garam ...

Resipi 13: Sambal Hijau Ikan Bilis Petai

Image
Sambal Hijau Ikan Bilis Petai   Bahan-bahan: Segenggam ikan bilis yang disiang, dibilas dan ditoskan airnya Minyak masak secukupnya 3 papan petai (atau lebih), dikupas dan dibelah 2 1 biji bawang besar, dihiris kasar Garam dan Maggi Cukup Rasa Bahan-bahan dikisar halus: Segenggam cili padi hijau 10 biji cili padi merah 5 ulas bawang putih 1 biji bawang besar, dipotong kecil Air secukupnya Cara-cara: Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, toskan minyak dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 1/2 cawan. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan petai dan bawang besar dan masak hingga petai lembut. Masukkan ikan bilis, garam dan Maggi Cukup Rasa. Gaul rata sekejap dan tutup api.

Resepi 12: Kari Udang dan Kacang Buncis

Image
Kari Udang dan Kacang Buncis   Bahan-bahan: 12 ekor udang besar, dipotong muncung dan dibuang urat hitam 6 batang kacang buncis, dipotong serong 4 cm panjang 1 sudu kecil halba campur, dibilas 3 biji bawang merah, dihiris nipis 1 sudu besar halia + bawang putih kisar (atau 2 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia dihiris nipis) 3 sudu besar bawang besar kisar 2 tangkai daun kari 1 peket kecil serbuk kari ikan Baba’s 1/2 kotak santan Air secukupnya 1/2 sudu kecil pes asam jawa Adabi Garam dan Maggi Cukup Rasa Minyak untuk menumis Cara-cara: Panaskan minyak. Tumis halba campur, daun kari, bawang merah dan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan serbuk kari dan tumis sebentar dan masukkan 1/2 cawan air. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 1/2 cawan air lagi dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan 3/4 cawan air, santan dan asam jawa. Kacau rata hingga mendidih. Masukkan kacang buncis dan masak 2 minit. Kemudian, masukkan udang dan masak hingga mendidih. Masukkan garam da...

Resipi 11: Chicken Popcorn Buttermilk

Image
Chicken Popcorn Buttermilk   Bahan-bahan: 12 biji chicken popcorn  jenama NutriPlus, dinyahbekukan Minyak untuk menggoreng 3 ulas bawang putih, dicincang halus 3 biji cili padi merah, dihiris nipis 2 tangkai daun kari 50 gm salted butter 1 tin susu cair Garam dan Maggi Cukup Rasa Cara-cara: Panaskan minyak dan goreng chicken popcorn  hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 sudu besar sahaja. Masukkan mentega dan kacau hingga cair (api perlahan). Masukkan bawang putih dan tumis hingga wangi. Kemudian, masukkan cili padi dan daun kari. Tumis lagi hingga wangi. Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih. Masukkan chicken popcorn  dan gaul rata. Masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa dan masak hingga kuah agak pekat.

Resipi 10: Udang Goreng Kunyit

Image
Udang Goreng Kunyit Bahan-bahan: 300 gm udang sederhana, buang kepala dan kulit bahagian atas, tinggalkan kulit bahagian ekor sahaja Serbuk kunyit Garam Maggi Cukup Rasa 1/2 biji bawang Holland, dihiris kasar 3 ulas bawang putih, dicincang kasar 2 biji cili merah, dihiris serong 2 biji cili hijau, dihiris serong Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Panaskan minyak. Sementara itu, gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bawang Holland, cili merah dan cili hijau. Kacau rata, masukkan udang goreng dan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata dan tutup api.

Resipi 9: Brownies Kedut

Image
Brownies Kedut Bahan-bahan A: 150 gm Beryl’s Dark Chocolate Compound Coins 50 gm SCS salted butter , dipotong kiub 50 gm minyak masak/jagung Bahan-bahan B: 150 gm gula perang lembut 2 biji telur saiz A/B, suhu bilik 1 sudu kecil esen butter vanilla /vanila Bahan-bahan C: 100 gm tepung gandum 25 gm serbuk koko Hiasan: Almond flakes Cara-cara: Panaskan oven pada suhu 160°C selama 10–15 minit. Sediakan loyang segi empat bersaiz 8”. Griskan dengan sedikit mentega kemudian lapikkan dengan baking paper . Griskan lagi dengan mentega di atas baking paper  dan sekeliling loyang. Masukkan coklat, mentega dan minyak ke dalam bekas tahan panas dan panaskan di dalam microwave  selama 2 minit atau sehingga cair sepenuhnya. Boleh juga guna cara double-boiling . Di dalam mangkuk adunan, satukan telur, gula perang dan esen. Gunakan balloon whisk  dan kacau perlahan sahaja sehingga rata. Tidak perlu kacau hingga kembang. Tuangkan coklat suam tadi ke dalam adunan dan kacau rata menggunakan ...

Resipi 8: Ikan Masak Cuka

Ikan Masak Cuka Bahan-bahan: 3 ekor ikan (kerisi, patin, merah dan lain-lain) Sedikit garam dan serbuk kunyit Minyak untuk menggoreng 3 biji bawang kecil, 2 biji dihiris nipis dan sebiji dipotong 4 3 ulas bawang putih, 1 ulas dihiris nipis dan 2 ulas dibelah 4 Sekeping hirisan halia, dibuang kulit dan dihiris halus 1 sudu kecil halba campur 3 sudu besar cuka 2 cawan air Garam dan Maggi Cukup Rasa Hirisan cili padi merah dan hijau Cara-cara: Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. Di dalam periuk/kuali lain, panaskan sedikit minyak. Tumis halba campur dan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum dan sedikit layu. Masukkan air dan cuka. Biarkan mendidih. Masukkan ikan goreng, cili padi, garam dan Maggi Cukup Rasa. Didihkan sekali lagi dan tutup api.